Wednesday, 30 September 2015

Kesayangan Beta ♥

Hahaha dah berhabuk blog aku ni. Lama juga aku menyepi. Selama aku menyepi ni macam-macam yang jadi. Okay! The latest news is aku dah jadi awek orang. Lama juga lah aku dah couple. Nak tahu siapa gerangan jejaka yang mencuri hati aku? Macam mana kami berkenalan? Sudah berapa lama kami jadi pasangan kekasih? Okay. Aku coretkan sedikit kisah perkenalan kami.

Nama lelaki yang berjaya pikat aku ni ialah Luqman Nur Rashed bin Khalid. Haa...nama panjang terus aku bagi. Umur dia 22 tahun. 2 tahun lebih tua dari aku. Well dia ni orangnya sederhana je. Tapi dalam kesederhanaan dia tu, banyak juga sifat dia yang buat aku kagum. 

Nak dijadikan cerita. Kami sebenarnya pernah sekelas semasa darjah khas di Sekolah Agama Taman Pasir Putih. Masa tu umur aku 13 tahun dan dia pula 15 tahun. Dia masuk lewat bukan disebabkan dia gagal dalam peperiksaan dan kemudian turun kelas. Tapi disebabkan dia bekas pelajar tahfiz. Pelajar sekolah agama biasanya akan mula belajar dari umurnya 7 tahun (darjah 1) sehingga 12 tahun (darjah 6). Jika mereka lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), mereka akan melanjutkan pelajaran ke Sijil Darjah Khas Agama (SDKA). Sijil darjah khas sangat berguna bagi mereka yang memasang cita-cita nak jadi ustaz atau ustazah. Macam luqman ni pula, dia tak mula belajar di sekolah agama ketika umur dia 7 tahun. Sebaliknya dia mula menuntut ilmu agama di sekolah tahfiz. Setelah dia menamatkan pembelajarannya di sekolah tahfiz, dia mengambil Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama sebagai calon luar. Ketika umurnya 15 tahun, dia pun melanjutkan pelajarannya ke darjah khas. Fuhhh.... mukadimah je dah panjang berjela.

Sunday, 9 November 2014

Cinta Tak Kesampaian hahaha!!

Hampa semua ingat lagi tak post ceq sebelum ni. Ni ceq nak habaq sikit kat uollss... Kawan-kawan ceq dah single! Haha.. Alahh ceq pun apa kurangnya kan.Takpalah, maybe takda jodoh lagi. Sabaq lah nohh.. Jodoh tu pasti akan datang. Bak kata Lisa Surihani.. "ghedha itu ikhlas, pasgha itu menyegha". Hehehe... Terimalah ketentuan-Nya dengan hati terbuka. Peace yaw!

Sedikit cerita untuk dikongsi.

Vesia~ (Amir)
Lebih kepada mencintai lelaki yang selalu mengabaikan dia. Last2 lelaki tu lepaskan Vesia atas sebab tak nak menyiksa dia lagi. Alah sembang! Kalau betul lelaki tu ikhlas sayangkan Vesia, dia tak kan tinggalkan Vesia. Sebab orang yang betul-betul menyayangi, dia tak kan sanggup kehilangan orang yang tersayang dan akan fight untuk pertahankan hubungannya walau macam mana sekalipun. Haa... Dari situ dah boleh nampak Vesia tiada dalam senarai jangka masa panjangnya. Kalau tak, dia akan pasang niat untuk memperisterikan Vesia dan akan kekalkan hubungannya tu sampailah tiba masanya nanti. Betul tak? Haa... See? Nampak tak permainannya disitu. Dah lah pulak tu, belum sampai beberapa bulan putus dah jumpa pengganti baru. Apa punya jantan daa..!!

Atikah~ (Zani)
Yang ni lagi dasyat. Siapa sangka diambang kebahagiaanya, rupa-rupanya Atikah ditipu oleh lelaki yang paling dia sayang. Lelaki tu sebenarnya dah ada awek lain dan hubungannya dengan perempuan tu lebih lama dari hubungannya dengan Atikah. Dah lah Atikah ditipu, malah dicop sebagai perampas. Akibatnya, Atikah dikecam teruk oleh kawan-kawan perempuan tu sendiri. Hati perempuan mana yang tak luluh apabila insan yang paling disayang sanggup mengkhianati dia. Disebabkan itu, Atikah menghadapi kemurungan melampau. Tapi kini dia sudahpun beransur pulih. Dihadapan manusia lain, lelaki tu nampak terlalu sopan dan baik. Tapi, itu semua cuma lakonan semata-mata. Buktinya, bukan Atikah saja yang dia pikat, malah ramai lagi perempuan lain yang telah menjadi mangsa. Memang buaya betul!

Annis~ (Cliff)
Aku tak dipandang sehingga sekarang. Hahaha..!!!


Okay sekian, itu sahaja perkongsian cerita dari Cik Annis yang cantik lagi memikat hati...








Monday, 28 July 2014

Cinta Monyet 3 Sekawan

Fuhhhh.... dah lama tak update blog ni. Rindu pulak rasanya. Umur aku pun dah masuk 19 tahun. Tinggal lagi beberapa bulan je nak habis sem 3 Pra-Universiti. Yang pasti banyak cerita terkini yang aku nak share kan dekat sini. Cerita menarik pulak tu. Haha apa lagi kalau bukan cerita CINTA...!!! Yela kan... Semua orang suka love story. Tak kiralah dari usia muda ke usia tua ke, kalau bab bercinta memang bab tulah yang utama. Aku pun tak terkecuali. Gelak sikit, kui3....

Kalau dulu tajuk post yang pernah aku published ialah cinta muka buku. Sekarang ni tajuk post terbaru aku ialah cinta monyet pulak. Kenapa cinta monyet?? Haaa jeng3! Mai sini ceq habaq sikit na...sebenaq nya, ramai kawan-kawan ceq yang bercinta 1 sekolah. Ntah dari mana boleh timbui lagu tu pun ceq taktau lah. Yang ceq tau...sat ni cinta monyet memang meletup and sensasi kat sekolah ceq. Bespren ceq pun termasuk sekali nohh...(haa kau ke utara kita perginya)

Ok kita cerita pasal Vesia dulu. Nama lelaki yang bertuah memiliki Vesia ialah Amir. Ewm aku tak tahu lah nama panjang dia apa. Amir Syauqi kot. Alah panggil Amir je dah lah. Actually aku tak tahu sangat macam mana diorang ni mula kenal. Tup-tup aku dapat tau masing-masing dah suka sama suka. Dah lah tu, bila aku dapat tahu pasal diorang bukannya dia excited ke apa. Dia tampar aku adalah. 2 kali pulak tu! Apa punya kawan daa...Tapi yang kelakarnya, Vesia dulu tau yang propose mamat ni jadi kekasih dia. Berani jugak minah ni ea. Tabik spring sikit! Well biasalah kan...bila budak psiko propose dia, mestilah yang si lelaki ni tak nak tolak. Hurmm siapa yang berani tolak penangan Vesia. Kang ke hospital perginya kang. Tau2 jelah Vesia ni macam mana ahahaha!! Ok gurau je. Tapi kan ganas-ganas dia pun romantik juga tau. Haa... jangan main-main. Nampak je dia ni macam nerd-nerd gitu tapi dalam bab bercinta dia boleh tahan juga. Aku rasa dia yang paling banyak berusaha dalam menjayakan hubungan dia tu. Mula-mula aku risaulah jugak bila dapat tahu dia couple. Maklumlah kan... dah berapa tahun dia single. As her friend, mestilah aku takut kalau-kalau dia rasa kekok nanti dengan pasangannya sendiri. Tapi Alhamdulillah dia nampak ok je. Bila tengok dia dah couple ni, aku nampak Vesia agak penyabar sikit sekarang. Baguslah kan kalau macam tu.

Nah aku share gambar abang hensem Vesia...




Yang duduk bercangkung tepi belah kanan tu dia lah orangnya. Apa yang bagusnya pasal couple ni ialah diorang 1 kelas. Duduk 1 kumpulan pulak tu. Memang bombastic lah kan. Lelaki ni pendiam sikit orangnya. Vesia pulak banyak menyanyi. Alahai bang, kau kena tahan sikit tau dengan Vesia. Semoga berjaya...muahaha!! Aishh apa-apa pun semoga berbahagia and long lasting ever yaw! Korang memang sweet ^ ^

Ok pasangan berbahagia yang seterusnya ialah Atikah and Zani. Dua-dua classmate I...!!!! Kalau korang nak tahu, Atikah ni orangnya manja manakala Zani ni pulak sopan orangnya. Memang couple yang teramat-amat comel. Orang tua-tua kata sama cantik sama padan. Cuma diorang ni belum couple lagi lah tapi dah nampak macam dah nak kahwin. Yang ni pun 1, aku tak tahu sangat macam mana diorang boleh rapat. Tup-tup aku dapat tahu yang diorang ni dah suka sama suka. Nasib baik masa dia bagitau tu aku tak kena tampar lagi sekali. So lega sikit rasanya. Ewm actually aku suka tengok diorang sebab diorang ni sesuai bersama. Dua-dua pandai dalam pelajaran. Jeles jugak tengok diorang. Tapi apa yang aku paling terkilan ialah aku takut hajat aku nak tengok diorang sampai ke jenjang pelamin tak kesampaian. Banyak betul dugaan diorang terutamanya pada Atikah. Bukan apa...Atikah ni banyak sangat pesaing. Masing-masing nak kan perhatian dari Zani. Jahat kan diorang. Kalau aku dekat tempat dia pun maybe aku tak boleh teruskan. Tapi Atikah ni kuat. Lebih kuat dari aku. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan. Aku respect dia sangat-sangat. Aku harap Zani boleh hargai dia and dapat jaga dia dengan sebaik mungkin. Susah tau nak dapat perempuan baik macam Atikah ni. 1 dalam sejuta rasanya. Aku pun harap Atikah akan lebih tabah menjalani hari-hari yang mendatang. Abaikan je agas-agas tu semua. Biasa lahh...dah namanya pun agas kan. Memang kerja diorang mengganggu ketenteraman orang jelah. Just ignore them and keep moving ok.

Nah gambar kesayangan Atikah yang paling cute aku share....




Hahaha....!!! Eh gelak-gelak juga. Jangan ingat muka macam ni takde peminat tau. Ramai pulak tu. But at the end, the best girls win. Untung Zani.... Hope korang kekal sampai bila-bila. If 1 day you guys can't make it true, just let be a friend keyh. Jangan sampai bermusuhan sebab korang rapat pun atas dasar sayang kan. As a friend, I wish both of you a best of luck. 

Aku?? Haha aku single jelah sekarang. Bukan sebab tak laku ea tapi belum ada komitmen lagi nak kearah tu. Alahh senang citer aku tak ready lagi lah. Actually aku lebih suka single. Alang-alang kalau dah ada yang berkenan tu aku suruh jelah dia masuk minang terus. Malas nak couple-couple ni. Tapi kan....ehem2, adalah sorang mamat dekat sekolah aku ni yang menarik perhatian aku sikit. Berkenan juga lah tengok dia. Cliff nama dia. 1 kelas dengan aku jugak. Ewm... masalahnya sekarang ni dia bukan beragama Islam. Tu yang susah sikit. Bagi orang lain ini bukan 1 masalah tapi bukan aku. Kalau boleh lah kan, aku nak lah cari lelaki yang boleh bimbing aku. Kalau dia masuk Islam pun aku yang kena banyak bimbing dia tau. Hurmm masalah besar kan. Ok back to story, sama juga macam bff aku yang lain. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sukakan dia. Hah, pelik kan. Aku pun tak tahu kenapa. Perasaan ni datang secara tiba-tiba. Seingat aku lah kan, aku mula sukakan dia masa pertengahan bulan 3, 2014.  Fuhh boleh tahan lama tu. Ewm...maybe sebab dia macho kot. That's why aku boleh sukakan dia. As we know, aku memang senang terpikat dengan lelaki macho and berkulit cerah. Memang taste aku lah kan. Tapi dia ni jual mahal sangat sampai aku pun tak mampu nak beli. Nanti lah, bila dah tiba masanya nanti aku akan cuba terus terang dengan dia. Biarlah masa je yang menentukan.

Meh sini aku share sikit gambar dia buat tatapan korang....





Yang berbaju merah hitam tu kesayangan Cik Atikah kita. Dulu dia memang gelap sikit sebab selalu berjemur. Sekarang dah makin hensem tau. Yang berbaju oren ni pulak crush si tuan punya blog ni. Gambar ni dah lama sebenarnya aku simpan. Aku curi dari wechat Anang. Last-last gambar dia dekat sebelah Zani tu aku crop. Woahaha jahat tak aku. Masa dalam gambar ni Cliff memang hensem. Maklum lah...masa tu mata dia nampak ok lagi lah katakan. Sekarang je dah k.o. Entah macam mana aku boleh suka dekat dia lagi pun aku tak tahu lah. Setia jugak aku ni eak.

Post kali ni agak panjang lebar jugak ye. Kalau ikutkan sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak cerita. Tapi terpaksalah make it short sebab kalau panjang sangat pun boring jugak kan nak baca. Bagi aku ni pun dah cukup panjang. Apa-apa pun, siapa pun pasangan kita yang akan datang...I mean zauj (bakal suami) a true soulmate, aku harap kita akan bahagia dengan pilihan hidup kita tak kira siapapun mereka. Aku pun berharap post ni akan menjadi terapi hati dan minda orang-orang yang membacanya. Bagi aku, moment-moment yang terjadi pada zaman sekolah patut dicatat sebab peristiwa tersebut mungkin akan menjadi peringatan bila kita dah menjelang dewasa nanti. Apatah lagi peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang penting dalam hidup kita. Maybe 1 day, kalau jodoh kita dengan lelaki lain...peristiwa ni mungkin boleh menjadi topik perbualan kita dengan anak-anak kita pada waktu lapang nanti. Who knows right? Perkenalan kita dengan mereka mungkin akan menjadi kenangan yang amat manis bila kaki kita melangkah keluar dari SMK PG2 nanti. Percayalah, kita pasti merinduinya. Itupun kalau kita tak benci diorang lagi lah wakakaka!!!

Diakhir post ini...aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa ke apa sampaikan ada yang terguris hati bila membaca post yang aku published. Setiap manusia pernah membuat khilaf kan. So kalau ada yang tak berpuas hati atau terkurang dari segi tatabahasa ke sila-silalah tegur ye. Sekian dari saya.



Thursday, 26 December 2013

Tahun baru... Azam pun mestilah baru

Sedar tak sedar kita dah nak masuk tahun baru ni. Ish berdebar-debar pulak rasanya. Semestinya bila  nak masuk tahun baru ni ramai orang akan pasang azam baru. Aku pun tak terkecuali. Urmm...untuk tahun 2014 ni banyak jugak azam yang aku nak tanam. Nak tahu? ok tapi jangan gelakkan pulak tau!


  • DAPATKAN LESEN MEMANDU KERETA
  • KUMPUL DUIT BANYAK-BANYAK , BELAJAR MENABUNG
  • SENTIASA BERSABAR DALAM APA JUA SITUASI
  • JANGAN BERPUTUS ASA
  • BELAJAR PAKAI SHAWL/PASHMINA


Haa...amacam, ok tak? Fuhh...harap-harap dapat tunaikan semua azam ni pada tahun depan tanpa sebarang masalah. Actually banyak jugak yang aku plan untuk tahun 2014 nanti. Moga segala apa yang dirancang menjadi. Amin amin amin.... I really hope 2014 will be a better year than 2013 was.

Saturday, 21 December 2013

Teman ketawa , teman bergaduh bersama

Ok kali ni aku nak cerita pasal kawan aku pulak. Ek eleh... apa punya cerita lah ni. Macam lah orang lain takde kawan jugak. Bukan.... kawan yang aku nak cerita ni special sikit. Haha.. nak tahu special macam mana? ok meh sini usha sikit biodata tentang diorang.......



Yang ni nama dia Vesia Caroleen. Jangan main-main tau dengan dia ni. Ganas orangnya. Kalau satu hari tak kena pukul, tumbuk & tampar dengan dia bukan Vesia lah namanya. Nampak je muka macam innocent kan. Sekali dia genggam penumbuk baru korang tahu apa itu makna kesakitan yang melampau. Haha dengar pun dah takut apa lagi bila merasa sendiri kan. Serius beb, kadang-kadang aku rasa tulang aku ni lari dari tempat asalnya bila penumbuk Vesia ni singgah dekat lengan aku. Kalau lah dia baca post ni, silap-silap karang sebelah tangan aku ni hilang terus nanti. Hahaha!! seronok mengata belakang dia. Apa yang special sangat pasal dia ni? Ok kalau nak tahu Vesia punya minat ni sangat berlainan dengan minat aku. Senang cerita apa yang aku suka semua dia tak berkenan dan apa yang dia suka pulak hampir semuanya tak kena di mata aku. Contohnya lah kan... Vesia gemar makan ayam. Aku pulak kurang suka makan ayam. Vesia tak berapa suka daging. Aku pulak gilakan daging. Vesia takutkan kucing. Aku pulak sayangkan kucing. Sifat kami pun jauh beza. Macam langit dengan bumi. Hampir setiap hari kami bergaduh bila berjumpa. Ada je yang tak kena. Tapi kan... dia lah kawan yang sentiasa ada di sisi aku bila aku perlukan teman untuk keluar berseronok. Itu lah yang aku suka tentang budak iban ni. Selalunya kalau kitorang gaduh tak lama mana pun. Alah....dah macam adik beradik. Seronok berkawan dengan dia ni. Banyak cabaran haha..!! Oit chubby, aku sayang kau tau.



Ini pulak namanya Nor Atikah. Orangnya kecil molek je. Hey, kecik-kecik dia pun ada peminat jugak tau dekat sekolah! Haa... jangan pandang sebelah mata. Dia ni lain sikit dari Vesia. Sifatnya hampir sama dengan sifat aku. Minat kami pun hampir sama jugak. Takde lah hampir sama 100% tapi boleh dikatakan banyak persamaan jugak lah...misalnya suka melaram , selalu jaga penampilan & suka berangan. Senang cerita kalau boleh kami nak sentiasa nampak lawa ke mana saje kami pergi. Biar lelaki pandang pun mata tak berkelip. Haha...tapi kalau kami melaram takde lahh over sangat. Just SIMPLE BUT NICE. Kalau yang berangan tu pulak normal lah kan. Orang yang berfikiran jauh memang macam ni woahaha!! Apa yang specialnya pasal dia ni ialah chemistry kami kuat. Kadang-kadang aku lalui perkara sama dengan apa yang dia lalui. Contohnya lah kan... kalau masa tu dia bergaduh dengan boyfriend dia, aku pun turut sama gaduh dengan boyfriend aku sekali (dah jadi ex-boyfriend). Haha magik kan. Aku pun susah nak percaya. Tapi tu dulu jela time aku ada boyfriend. Sekarang dah single. Tapi aku harap bila dah jumpa pengganti baru nanti chemistry tu akan hilang. Bukan apa.... takut nanti kalau dia sentiasa bergaduh dengan boyfriend dia 24 jam , aku pun ikut berperang sekali dengan boyfriend aku 24 jam. Ahhh masak... Boleh huru hara dunia! Ish kalau dia baca post ni karang tak pasal-pasal merajuk tarik muncung sedepa dengan aku. Dia ni dah lah sensitif sikit orangnya. Susah tau nak pujuk dia bila merajuk. Boleh demam seminggu. Kih kih kih.... Apa-apa pun atikah ni seorang kawan yang baik. Susah nak jumpa perempuan macam dia ni. Tu yang buat aku makin sayang dekat dia.

Kenapa aku cerita pasal diorang?? Sebab diorang saje lah kawan yang paling rapat dengan aku dekat sekolah. Kami berkawan sejak dari dulu lagi. Kalau diorang takde...aku tak tahu apa akan jadi dengan diri aku. Dah lah aku ni jenis tak pandai cari kawan. Kalau salah seorangnya tak datang, aku rasa macam ada yang kurang. Aku harap persahabatan ni akan kekal selamanya. Susah senang kami tetap bersama. Diorang antara orang-orang yang aku sayang. Aku akan cuba bersabar dengan kerenah diorang. Walau apa pun yang terjadi aku harap kami akan dapat tempuhinya bersama.

(yang tengah-tengah tu lawa kan. haha tau dah...)

Moga-moga persahabatan ni mendapat limpah kurnia dari-Nya. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

Friday, 20 December 2013

Stories about me as a sign of the beginning.. hehe

Bila check in je dalam blog ni mesti timbul rasa terkejut kan... kenapa semua warna purple? ok jawapannya ringkas je. Sebab aku SUKA PURPLE. Dah, jangan cakap banyak. Haha..!! Lagipun apa nak pelik kan.. warna je kot. Ewm ewm..... nak cakap pasal apa eak. Hilang pulak idea tetiba.

Haa nak tahu background aku tak? Maksud aku, aku ni jenis yang macam mana or aku ni tergolong dari kategori apa... Ok meh sini aku bagi satu rahsia. Aku kan... sebenarnya ada darah gerumuh tau. Hah?? darah apa tu? ok ok. Darah ni bukan macam jenis darah A , darah B , darah AB or darah O. Maksud aku siapa yang ada darah gemuruh ni dia akan cepat panik, menggigil, berpeluh-peluh, cakap tergagap, kelam-kabut, menggelabah, rasa seram sejuk and susah nak kawal pergerakan diri (cemerkap) dalam sesuatu masa especially bila rasa diri terancam atau berdepan dengan seseorang yang kita SUKA. Opps! kantoii... hehe.

Dari segi rasa diri terancam tu...selalunya darah gemuruh aku datang bila aku menipu seseorang or berdepan dengan ramai orang. Biasalahh....aku kan manusia yang jujur. Mana reti tipu orang sangat. Tak biasalah katakan...Ahaks! So bila aku cuba menipu automatik aku akan tergagap-gagap and panik tak tentu pasal. Haha budak baik memang macam ni. Cehh gitu... Sebab tu lah senang kantoi lagi-lagi dengan mak aku. Yelah kan.. anak dia kot. Mestilah cepat sedar perubahan diri anak dia bila menipu kalau dah aku cakap pun terkulat-kulat.

Kalau yang berdepan dengan ramai orang pulak tu normal lah kan. Semua orang gemuruh. Tak kan aku sorang je. Betul tak? About yang bila berdepan dengan someone yang aku suka tu pulak... tu pun normal jugak. Semua perempuan akan rasa situasi yang sama. Ewm maybe. Tapi kadang-kadang aku ni over sikit. Ada yang sampai satu tahap tu aku terkinja-kinja macam beruk tertelan biji guli. Err memalukan...

But apart from that.. Aku jugak seorang yang pemalu. Nak pandang muka orang tu pun rasa tak sanggup. Bukan tak sanggup apa...cuma terlalu nervous. Rasa jantung ni macam nak terkeluar aje. Hik hik hik... Tapi buat masa sekarang ni aku tak simpan perasaan dekat sesiapa pun. So nak rasa situasi tu mungkin lambat lagi kot. Entah bila pun aku tak tahu. Kita tunggu jela ye. Mungkin hari tu akan tiba jugak... Just wait and see.

By the way, tujuan aku wujudkan blog ni adalah sebab nak mencari tempat untuk luahkan semua yang terbuku di dalam hati. Yang aku tak boleh nak ceritakan dekat sesiapa pun. Biasalahh... kadang-kadang aku tak tahu diorang (kawan-kawan) sudi ke tak dengar luahan aku setiap masa. Mana lah tahu kan kalau-kalau timbul rasa menyampah ke , annoying ke , bosan ke ataupun pedih telinga nak mendengar cerita-cerita dari aku yang mungkin kurang menarik perhatian diorang. So.. aku pilih jalan yang selamat dengan mewujudkan diari online aku sendiri. Kalau diorang nak tahu lebih mendalam tentang diri aku, diorang boleh baca je diari aku ni bila-bila masa yang diorang suka. Simple je kan ^^


Mak oii...panjangnya mukadimah!! Hehe sorry.. excited pulak menaip