Sedikit cerita untuk dikongsi.
Vesia~ (Amir)
Lebih kepada mencintai lelaki yang selalu mengabaikan dia. Last2 lelaki tu lepaskan Vesia atas sebab tak nak menyiksa dia lagi. Alah sembang! Kalau betul lelaki tu ikhlas sayangkan Vesia, dia tak kan tinggalkan Vesia. Sebab orang yang betul-betul menyayangi, dia tak kan sanggup kehilangan orang yang tersayang dan akan fight untuk pertahankan hubungannya walau macam mana sekalipun. Haa... Dari situ dah boleh nampak Vesia tiada dalam senarai jangka masa panjangnya. Kalau tak, dia akan pasang niat untuk memperisterikan Vesia dan akan kekalkan hubungannya tu sampailah tiba masanya nanti. Betul tak? Haa... See? Nampak tak permainannya disitu. Dah lah pulak tu, belum sampai beberapa bulan putus dah jumpa pengganti baru. Apa punya jantan daa..!!
Atikah~ (Zani)
Yang ni lagi dasyat. Siapa sangka diambang kebahagiaanya, rupa-rupanya Atikah ditipu oleh lelaki yang paling dia sayang. Lelaki tu sebenarnya dah ada awek lain dan hubungannya dengan perempuan tu lebih lama dari hubungannya dengan Atikah. Dah lah Atikah ditipu, malah dicop sebagai perampas. Akibatnya, Atikah dikecam teruk oleh kawan-kawan perempuan tu sendiri. Hati perempuan mana yang tak luluh apabila insan yang paling disayang sanggup mengkhianati dia. Disebabkan itu, Atikah menghadapi kemurungan melampau. Tapi kini dia sudahpun beransur pulih. Dihadapan manusia lain, lelaki tu nampak terlalu sopan dan baik. Tapi, itu semua cuma lakonan semata-mata. Buktinya, bukan Atikah saja yang dia pikat, malah ramai lagi perempuan lain yang telah menjadi mangsa. Memang buaya betul!
Annis~ (Cliff)
Aku tak dipandang sehingga sekarang. Hahaha..!!!
Okay sekian, itu sahaja perkongsian cerita dari Cik Annis yang cantik lagi memikat hati...
No comments:
Post a Comment