Wednesday, 30 September 2015

Kesayangan Beta ♥

Hahaha dah berhabuk blog aku ni. Lama juga aku menyepi. Selama aku menyepi ni macam-macam yang jadi. Okay! The latest news is aku dah jadi awek orang. Lama juga lah aku dah couple. Nak tahu siapa gerangan jejaka yang mencuri hati aku? Macam mana kami berkenalan? Sudah berapa lama kami jadi pasangan kekasih? Okay. Aku coretkan sedikit kisah perkenalan kami.

Nama lelaki yang berjaya pikat aku ni ialah Luqman Nur Rashed bin Khalid. Haa...nama panjang terus aku bagi. Umur dia 22 tahun. 2 tahun lebih tua dari aku. Well dia ni orangnya sederhana je. Tapi dalam kesederhanaan dia tu, banyak juga sifat dia yang buat aku kagum. 

Nak dijadikan cerita. Kami sebenarnya pernah sekelas semasa darjah khas di Sekolah Agama Taman Pasir Putih. Masa tu umur aku 13 tahun dan dia pula 15 tahun. Dia masuk lewat bukan disebabkan dia gagal dalam peperiksaan dan kemudian turun kelas. Tapi disebabkan dia bekas pelajar tahfiz. Pelajar sekolah agama biasanya akan mula belajar dari umurnya 7 tahun (darjah 1) sehingga 12 tahun (darjah 6). Jika mereka lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), mereka akan melanjutkan pelajaran ke Sijil Darjah Khas Agama (SDKA). Sijil darjah khas sangat berguna bagi mereka yang memasang cita-cita nak jadi ustaz atau ustazah. Macam luqman ni pula, dia tak mula belajar di sekolah agama ketika umur dia 7 tahun. Sebaliknya dia mula menuntut ilmu agama di sekolah tahfiz. Setelah dia menamatkan pembelajarannya di sekolah tahfiz, dia mengambil Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama sebagai calon luar. Ketika umurnya 15 tahun, dia pun melanjutkan pelajarannya ke darjah khas. Fuhhh.... mukadimah je dah panjang berjela.

No comments:

Post a Comment