Saturday, 21 December 2013

Teman ketawa , teman bergaduh bersama

Ok kali ni aku nak cerita pasal kawan aku pulak. Ek eleh... apa punya cerita lah ni. Macam lah orang lain takde kawan jugak. Bukan.... kawan yang aku nak cerita ni special sikit. Haha.. nak tahu special macam mana? ok meh sini usha sikit biodata tentang diorang.......



Yang ni nama dia Vesia Caroleen. Jangan main-main tau dengan dia ni. Ganas orangnya. Kalau satu hari tak kena pukul, tumbuk & tampar dengan dia bukan Vesia lah namanya. Nampak je muka macam innocent kan. Sekali dia genggam penumbuk baru korang tahu apa itu makna kesakitan yang melampau. Haha dengar pun dah takut apa lagi bila merasa sendiri kan. Serius beb, kadang-kadang aku rasa tulang aku ni lari dari tempat asalnya bila penumbuk Vesia ni singgah dekat lengan aku. Kalau lah dia baca post ni, silap-silap karang sebelah tangan aku ni hilang terus nanti. Hahaha!! seronok mengata belakang dia. Apa yang special sangat pasal dia ni? Ok kalau nak tahu Vesia punya minat ni sangat berlainan dengan minat aku. Senang cerita apa yang aku suka semua dia tak berkenan dan apa yang dia suka pulak hampir semuanya tak kena di mata aku. Contohnya lah kan... Vesia gemar makan ayam. Aku pulak kurang suka makan ayam. Vesia tak berapa suka daging. Aku pulak gilakan daging. Vesia takutkan kucing. Aku pulak sayangkan kucing. Sifat kami pun jauh beza. Macam langit dengan bumi. Hampir setiap hari kami bergaduh bila berjumpa. Ada je yang tak kena. Tapi kan... dia lah kawan yang sentiasa ada di sisi aku bila aku perlukan teman untuk keluar berseronok. Itu lah yang aku suka tentang budak iban ni. Selalunya kalau kitorang gaduh tak lama mana pun. Alah....dah macam adik beradik. Seronok berkawan dengan dia ni. Banyak cabaran haha..!! Oit chubby, aku sayang kau tau.



Ini pulak namanya Nor Atikah. Orangnya kecil molek je. Hey, kecik-kecik dia pun ada peminat jugak tau dekat sekolah! Haa... jangan pandang sebelah mata. Dia ni lain sikit dari Vesia. Sifatnya hampir sama dengan sifat aku. Minat kami pun hampir sama jugak. Takde lah hampir sama 100% tapi boleh dikatakan banyak persamaan jugak lah...misalnya suka melaram , selalu jaga penampilan & suka berangan. Senang cerita kalau boleh kami nak sentiasa nampak lawa ke mana saje kami pergi. Biar lelaki pandang pun mata tak berkelip. Haha...tapi kalau kami melaram takde lahh over sangat. Just SIMPLE BUT NICE. Kalau yang berangan tu pulak normal lah kan. Orang yang berfikiran jauh memang macam ni woahaha!! Apa yang specialnya pasal dia ni ialah chemistry kami kuat. Kadang-kadang aku lalui perkara sama dengan apa yang dia lalui. Contohnya lah kan... kalau masa tu dia bergaduh dengan boyfriend dia, aku pun turut sama gaduh dengan boyfriend aku sekali (dah jadi ex-boyfriend). Haha magik kan. Aku pun susah nak percaya. Tapi tu dulu jela time aku ada boyfriend. Sekarang dah single. Tapi aku harap bila dah jumpa pengganti baru nanti chemistry tu akan hilang. Bukan apa.... takut nanti kalau dia sentiasa bergaduh dengan boyfriend dia 24 jam , aku pun ikut berperang sekali dengan boyfriend aku 24 jam. Ahhh masak... Boleh huru hara dunia! Ish kalau dia baca post ni karang tak pasal-pasal merajuk tarik muncung sedepa dengan aku. Dia ni dah lah sensitif sikit orangnya. Susah tau nak pujuk dia bila merajuk. Boleh demam seminggu. Kih kih kih.... Apa-apa pun atikah ni seorang kawan yang baik. Susah nak jumpa perempuan macam dia ni. Tu yang buat aku makin sayang dekat dia.

Kenapa aku cerita pasal diorang?? Sebab diorang saje lah kawan yang paling rapat dengan aku dekat sekolah. Kami berkawan sejak dari dulu lagi. Kalau diorang takde...aku tak tahu apa akan jadi dengan diri aku. Dah lah aku ni jenis tak pandai cari kawan. Kalau salah seorangnya tak datang, aku rasa macam ada yang kurang. Aku harap persahabatan ni akan kekal selamanya. Susah senang kami tetap bersama. Diorang antara orang-orang yang aku sayang. Aku akan cuba bersabar dengan kerenah diorang. Walau apa pun yang terjadi aku harap kami akan dapat tempuhinya bersama.

(yang tengah-tengah tu lawa kan. haha tau dah...)

Moga-moga persahabatan ni mendapat limpah kurnia dari-Nya. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

No comments:

Post a Comment