Fuhhhh.... dah lama tak update blog ni. Rindu pulak rasanya. Umur aku pun dah masuk 19 tahun. Tinggal lagi beberapa bulan je nak habis sem 3 Pra-Universiti. Yang pasti banyak cerita terkini yang aku nak share kan dekat sini. Cerita menarik pulak tu. Haha apa lagi kalau bukan cerita CINTA...!!! Yela kan... Semua orang suka love story. Tak kiralah dari usia muda ke usia tua ke, kalau bab bercinta memang bab tulah yang utama. Aku pun tak terkecuali. Gelak sikit, kui3....
Kalau dulu tajuk post yang pernah aku published ialah cinta muka buku. Sekarang ni tajuk post terbaru aku ialah cinta monyet pulak. Kenapa cinta monyet?? Haaa jeng3! Mai sini ceq habaq sikit na...sebenaq nya, ramai kawan-kawan ceq yang bercinta 1 sekolah. Ntah dari mana boleh timbui lagu tu pun ceq taktau lah. Yang ceq tau...sat ni cinta monyet memang meletup and sensasi kat sekolah ceq. Bespren ceq pun termasuk sekali nohh...(haa kau ke utara kita perginya)
Ok kita cerita pasal Vesia dulu. Nama lelaki yang bertuah memiliki Vesia ialah Amir. Ewm aku tak tahu lah nama panjang dia apa. Amir Syauqi kot. Alah panggil Amir je dah lah. Actually aku tak tahu sangat macam mana diorang ni mula kenal. Tup-tup aku dapat tau masing-masing dah suka sama suka. Dah lah tu, bila aku dapat tahu pasal diorang bukannya dia excited ke apa. Dia tampar aku adalah. 2 kali pulak tu! Apa punya kawan daa...Tapi yang kelakarnya, Vesia dulu tau yang propose mamat ni jadi kekasih dia. Berani jugak minah ni ea. Tabik spring sikit! Well biasalah kan...bila budak psiko propose dia, mestilah yang si lelaki ni tak nak tolak. Hurmm siapa yang berani tolak penangan Vesia. Kang ke hospital perginya kang. Tau2 jelah Vesia ni macam mana ahahaha!! Ok gurau je. Tapi kan ganas-ganas dia pun romantik juga tau. Haa... jangan main-main. Nampak je dia ni macam nerd-nerd gitu tapi dalam bab bercinta dia boleh tahan juga. Aku rasa dia yang paling banyak berusaha dalam menjayakan hubungan dia tu. Mula-mula aku risaulah jugak bila dapat tahu dia couple. Maklumlah kan... dah berapa tahun dia single. As her friend, mestilah aku takut kalau-kalau dia rasa kekok nanti dengan pasangannya sendiri. Tapi Alhamdulillah dia nampak ok je. Bila tengok dia dah couple ni, aku nampak Vesia agak penyabar sikit sekarang. Baguslah kan kalau macam tu.
Nah aku share gambar abang hensem Vesia...
Yang duduk bercangkung tepi belah kanan tu dia lah orangnya. Apa yang bagusnya pasal couple ni ialah diorang 1 kelas. Duduk 1 kumpulan pulak tu. Memang bombastic lah kan. Lelaki ni pendiam sikit orangnya. Vesia pulak banyak menyanyi. Alahai bang, kau kena tahan sikit tau dengan Vesia. Semoga berjaya...muahaha!! Aishh apa-apa pun semoga berbahagia and long lasting ever yaw! Korang memang sweet ^ ^
Ok pasangan berbahagia yang seterusnya ialah Atikah and Zani. Dua-dua classmate I...!!!! Kalau korang nak tahu, Atikah ni orangnya manja manakala Zani ni pulak sopan orangnya. Memang couple yang teramat-amat comel. Orang tua-tua kata sama cantik sama padan. Cuma diorang ni belum couple lagi lah tapi dah nampak macam dah nak kahwin. Yang ni pun 1, aku tak tahu sangat macam mana diorang boleh rapat. Tup-tup aku dapat tahu yang diorang ni dah suka sama suka. Nasib baik masa dia bagitau tu aku tak kena tampar lagi sekali. So lega sikit rasanya. Ewm actually aku suka tengok diorang sebab diorang ni sesuai bersama. Dua-dua pandai dalam pelajaran. Jeles jugak tengok diorang. Tapi apa yang aku paling terkilan ialah aku takut hajat aku nak tengok diorang sampai ke jenjang pelamin tak kesampaian. Banyak betul dugaan diorang terutamanya pada Atikah. Bukan apa...Atikah ni banyak sangat pesaing. Masing-masing nak kan perhatian dari Zani. Jahat kan diorang. Kalau aku dekat tempat dia pun maybe aku tak boleh teruskan. Tapi Atikah ni kuat. Lebih kuat dari aku. Selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan. Aku respect dia sangat-sangat. Aku harap Zani boleh hargai dia and dapat jaga dia dengan sebaik mungkin. Susah tau nak dapat perempuan baik macam Atikah ni. 1 dalam sejuta rasanya. Aku pun harap Atikah akan lebih tabah menjalani hari-hari yang mendatang. Abaikan je agas-agas tu semua. Biasa lahh...dah namanya pun agas kan. Memang kerja diorang mengganggu ketenteraman orang jelah. Just ignore them and keep moving ok.
Nah gambar kesayangan Atikah yang paling cute aku share....
Hahaha....!!! Eh gelak-gelak juga. Jangan ingat muka macam ni takde peminat tau. Ramai pulak tu. But at the end, the best girls win. Untung Zani.... Hope korang kekal sampai bila-bila. If 1 day you guys can't make it true, just let be a friend keyh. Jangan sampai bermusuhan sebab korang rapat pun atas dasar sayang kan. As a friend, I wish both of you a best of luck.
Aku?? Haha aku single jelah sekarang. Bukan sebab tak laku ea tapi belum ada komitmen lagi nak kearah tu. Alahh senang citer aku tak ready lagi lah. Actually aku lebih suka single. Alang-alang kalau dah ada yang berkenan tu aku suruh jelah dia masuk minang terus. Malas nak couple-couple ni. Tapi kan....ehem2, adalah sorang mamat dekat sekolah aku ni yang menarik perhatian aku sikit. Berkenan juga lah tengok dia. Cliff nama dia. 1 kelas dengan aku jugak. Ewm... masalahnya sekarang ni dia bukan beragama Islam. Tu yang susah sikit. Bagi orang lain ini bukan 1 masalah tapi bukan aku. Kalau boleh lah kan, aku nak lah cari lelaki yang boleh bimbing aku. Kalau dia masuk Islam pun aku yang kena banyak bimbing dia tau. Hurmm masalah besar kan. Ok back to story, sama juga macam bff aku yang lain. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sukakan dia. Hah, pelik kan. Aku pun tak tahu kenapa. Perasaan ni datang secara tiba-tiba. Seingat aku lah kan, aku mula sukakan dia masa pertengahan bulan 3, 2014. Fuhh boleh tahan lama tu. Ewm...maybe sebab dia macho kot. That's why aku boleh sukakan dia. As we know, aku memang senang terpikat dengan lelaki macho and berkulit cerah. Memang taste aku lah kan. Tapi dia ni jual mahal sangat sampai aku pun tak mampu nak beli. Nanti lah, bila dah tiba masanya nanti aku akan cuba terus terang dengan dia. Biarlah masa je yang menentukan.
Meh sini aku share sikit gambar dia buat tatapan korang....
Yang berbaju merah hitam tu kesayangan Cik Atikah kita. Dulu dia memang gelap sikit sebab selalu berjemur. Sekarang dah makin hensem tau. Yang berbaju oren ni pulak crush si tuan punya blog ni. Gambar ni dah lama sebenarnya aku simpan. Aku curi dari wechat Anang. Last-last gambar dia dekat sebelah Zani tu aku crop. Woahaha jahat tak aku. Masa dalam gambar ni Cliff memang hensem. Maklum lah...masa tu mata dia nampak ok lagi lah katakan. Sekarang je dah k.o. Entah macam mana aku boleh suka dekat dia lagi pun aku tak tahu lah. Setia jugak aku ni eak.
Post kali ni agak panjang lebar jugak ye. Kalau ikutkan sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak cerita. Tapi terpaksalah make it short sebab kalau panjang sangat pun boring jugak kan nak baca. Bagi aku ni pun dah cukup panjang. Apa-apa pun, siapa pun pasangan kita yang akan datang...I mean zauj (bakal suami) a true soulmate, aku harap kita akan bahagia dengan pilihan hidup kita tak kira siapapun mereka. Aku pun berharap post ni akan menjadi terapi hati dan minda orang-orang yang membacanya. Bagi aku, moment-moment yang terjadi pada zaman sekolah patut dicatat sebab peristiwa tersebut mungkin akan menjadi peringatan bila kita dah menjelang dewasa nanti. Apatah lagi peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang penting dalam hidup kita. Maybe 1 day, kalau jodoh kita dengan lelaki lain...peristiwa ni mungkin boleh menjadi topik perbualan kita dengan anak-anak kita pada waktu lapang nanti. Who knows right? Perkenalan kita dengan mereka mungkin akan menjadi kenangan yang amat manis bila kaki kita melangkah keluar dari SMK PG2 nanti. Percayalah, kita pasti merinduinya. Itupun kalau kita tak benci diorang lagi lah wakakaka!!!
Diakhir post ini...aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa ke apa sampaikan ada yang terguris hati bila membaca post yang aku published. Setiap manusia pernah membuat khilaf kan. So kalau ada yang tak berpuas hati atau terkurang dari segi tatabahasa ke sila-silalah tegur ye. Sekian dari saya.