Thursday, 26 December 2013

Tahun baru... Azam pun mestilah baru

Sedar tak sedar kita dah nak masuk tahun baru ni. Ish berdebar-debar pulak rasanya. Semestinya bila  nak masuk tahun baru ni ramai orang akan pasang azam baru. Aku pun tak terkecuali. Urmm...untuk tahun 2014 ni banyak jugak azam yang aku nak tanam. Nak tahu? ok tapi jangan gelakkan pulak tau!


  • DAPATKAN LESEN MEMANDU KERETA
  • KUMPUL DUIT BANYAK-BANYAK , BELAJAR MENABUNG
  • SENTIASA BERSABAR DALAM APA JUA SITUASI
  • JANGAN BERPUTUS ASA
  • BELAJAR PAKAI SHAWL/PASHMINA


Haa...amacam, ok tak? Fuhh...harap-harap dapat tunaikan semua azam ni pada tahun depan tanpa sebarang masalah. Actually banyak jugak yang aku plan untuk tahun 2014 nanti. Moga segala apa yang dirancang menjadi. Amin amin amin.... I really hope 2014 will be a better year than 2013 was.

Saturday, 21 December 2013

Teman ketawa , teman bergaduh bersama

Ok kali ni aku nak cerita pasal kawan aku pulak. Ek eleh... apa punya cerita lah ni. Macam lah orang lain takde kawan jugak. Bukan.... kawan yang aku nak cerita ni special sikit. Haha.. nak tahu special macam mana? ok meh sini usha sikit biodata tentang diorang.......



Yang ni nama dia Vesia Caroleen. Jangan main-main tau dengan dia ni. Ganas orangnya. Kalau satu hari tak kena pukul, tumbuk & tampar dengan dia bukan Vesia lah namanya. Nampak je muka macam innocent kan. Sekali dia genggam penumbuk baru korang tahu apa itu makna kesakitan yang melampau. Haha dengar pun dah takut apa lagi bila merasa sendiri kan. Serius beb, kadang-kadang aku rasa tulang aku ni lari dari tempat asalnya bila penumbuk Vesia ni singgah dekat lengan aku. Kalau lah dia baca post ni, silap-silap karang sebelah tangan aku ni hilang terus nanti. Hahaha!! seronok mengata belakang dia. Apa yang special sangat pasal dia ni? Ok kalau nak tahu Vesia punya minat ni sangat berlainan dengan minat aku. Senang cerita apa yang aku suka semua dia tak berkenan dan apa yang dia suka pulak hampir semuanya tak kena di mata aku. Contohnya lah kan... Vesia gemar makan ayam. Aku pulak kurang suka makan ayam. Vesia tak berapa suka daging. Aku pulak gilakan daging. Vesia takutkan kucing. Aku pulak sayangkan kucing. Sifat kami pun jauh beza. Macam langit dengan bumi. Hampir setiap hari kami bergaduh bila berjumpa. Ada je yang tak kena. Tapi kan... dia lah kawan yang sentiasa ada di sisi aku bila aku perlukan teman untuk keluar berseronok. Itu lah yang aku suka tentang budak iban ni. Selalunya kalau kitorang gaduh tak lama mana pun. Alah....dah macam adik beradik. Seronok berkawan dengan dia ni. Banyak cabaran haha..!! Oit chubby, aku sayang kau tau.



Ini pulak namanya Nor Atikah. Orangnya kecil molek je. Hey, kecik-kecik dia pun ada peminat jugak tau dekat sekolah! Haa... jangan pandang sebelah mata. Dia ni lain sikit dari Vesia. Sifatnya hampir sama dengan sifat aku. Minat kami pun hampir sama jugak. Takde lah hampir sama 100% tapi boleh dikatakan banyak persamaan jugak lah...misalnya suka melaram , selalu jaga penampilan & suka berangan. Senang cerita kalau boleh kami nak sentiasa nampak lawa ke mana saje kami pergi. Biar lelaki pandang pun mata tak berkelip. Haha...tapi kalau kami melaram takde lahh over sangat. Just SIMPLE BUT NICE. Kalau yang berangan tu pulak normal lah kan. Orang yang berfikiran jauh memang macam ni woahaha!! Apa yang specialnya pasal dia ni ialah chemistry kami kuat. Kadang-kadang aku lalui perkara sama dengan apa yang dia lalui. Contohnya lah kan... kalau masa tu dia bergaduh dengan boyfriend dia, aku pun turut sama gaduh dengan boyfriend aku sekali (dah jadi ex-boyfriend). Haha magik kan. Aku pun susah nak percaya. Tapi tu dulu jela time aku ada boyfriend. Sekarang dah single. Tapi aku harap bila dah jumpa pengganti baru nanti chemistry tu akan hilang. Bukan apa.... takut nanti kalau dia sentiasa bergaduh dengan boyfriend dia 24 jam , aku pun ikut berperang sekali dengan boyfriend aku 24 jam. Ahhh masak... Boleh huru hara dunia! Ish kalau dia baca post ni karang tak pasal-pasal merajuk tarik muncung sedepa dengan aku. Dia ni dah lah sensitif sikit orangnya. Susah tau nak pujuk dia bila merajuk. Boleh demam seminggu. Kih kih kih.... Apa-apa pun atikah ni seorang kawan yang baik. Susah nak jumpa perempuan macam dia ni. Tu yang buat aku makin sayang dekat dia.

Kenapa aku cerita pasal diorang?? Sebab diorang saje lah kawan yang paling rapat dengan aku dekat sekolah. Kami berkawan sejak dari dulu lagi. Kalau diorang takde...aku tak tahu apa akan jadi dengan diri aku. Dah lah aku ni jenis tak pandai cari kawan. Kalau salah seorangnya tak datang, aku rasa macam ada yang kurang. Aku harap persahabatan ni akan kekal selamanya. Susah senang kami tetap bersama. Diorang antara orang-orang yang aku sayang. Aku akan cuba bersabar dengan kerenah diorang. Walau apa pun yang terjadi aku harap kami akan dapat tempuhinya bersama.

(yang tengah-tengah tu lawa kan. haha tau dah...)

Moga-moga persahabatan ni mendapat limpah kurnia dari-Nya. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

Friday, 20 December 2013

Stories about me as a sign of the beginning.. hehe

Bila check in je dalam blog ni mesti timbul rasa terkejut kan... kenapa semua warna purple? ok jawapannya ringkas je. Sebab aku SUKA PURPLE. Dah, jangan cakap banyak. Haha..!! Lagipun apa nak pelik kan.. warna je kot. Ewm ewm..... nak cakap pasal apa eak. Hilang pulak idea tetiba.

Haa nak tahu background aku tak? Maksud aku, aku ni jenis yang macam mana or aku ni tergolong dari kategori apa... Ok meh sini aku bagi satu rahsia. Aku kan... sebenarnya ada darah gerumuh tau. Hah?? darah apa tu? ok ok. Darah ni bukan macam jenis darah A , darah B , darah AB or darah O. Maksud aku siapa yang ada darah gemuruh ni dia akan cepat panik, menggigil, berpeluh-peluh, cakap tergagap, kelam-kabut, menggelabah, rasa seram sejuk and susah nak kawal pergerakan diri (cemerkap) dalam sesuatu masa especially bila rasa diri terancam atau berdepan dengan seseorang yang kita SUKA. Opps! kantoii... hehe.

Dari segi rasa diri terancam tu...selalunya darah gemuruh aku datang bila aku menipu seseorang or berdepan dengan ramai orang. Biasalahh....aku kan manusia yang jujur. Mana reti tipu orang sangat. Tak biasalah katakan...Ahaks! So bila aku cuba menipu automatik aku akan tergagap-gagap and panik tak tentu pasal. Haha budak baik memang macam ni. Cehh gitu... Sebab tu lah senang kantoi lagi-lagi dengan mak aku. Yelah kan.. anak dia kot. Mestilah cepat sedar perubahan diri anak dia bila menipu kalau dah aku cakap pun terkulat-kulat.

Kalau yang berdepan dengan ramai orang pulak tu normal lah kan. Semua orang gemuruh. Tak kan aku sorang je. Betul tak? About yang bila berdepan dengan someone yang aku suka tu pulak... tu pun normal jugak. Semua perempuan akan rasa situasi yang sama. Ewm maybe. Tapi kadang-kadang aku ni over sikit. Ada yang sampai satu tahap tu aku terkinja-kinja macam beruk tertelan biji guli. Err memalukan...

But apart from that.. Aku jugak seorang yang pemalu. Nak pandang muka orang tu pun rasa tak sanggup. Bukan tak sanggup apa...cuma terlalu nervous. Rasa jantung ni macam nak terkeluar aje. Hik hik hik... Tapi buat masa sekarang ni aku tak simpan perasaan dekat sesiapa pun. So nak rasa situasi tu mungkin lambat lagi kot. Entah bila pun aku tak tahu. Kita tunggu jela ye. Mungkin hari tu akan tiba jugak... Just wait and see.

By the way, tujuan aku wujudkan blog ni adalah sebab nak mencari tempat untuk luahkan semua yang terbuku di dalam hati. Yang aku tak boleh nak ceritakan dekat sesiapa pun. Biasalahh... kadang-kadang aku tak tahu diorang (kawan-kawan) sudi ke tak dengar luahan aku setiap masa. Mana lah tahu kan kalau-kalau timbul rasa menyampah ke , annoying ke , bosan ke ataupun pedih telinga nak mendengar cerita-cerita dari aku yang mungkin kurang menarik perhatian diorang. So.. aku pilih jalan yang selamat dengan mewujudkan diari online aku sendiri. Kalau diorang nak tahu lebih mendalam tentang diri aku, diorang boleh baca je diari aku ni bila-bila masa yang diorang suka. Simple je kan ^^


Mak oii...panjangnya mukadimah!! Hehe sorry.. excited pulak menaip